Pages

Sunday 3 February 2013

Alkisah 1# Hati tu Allah yang pegang =)


"Aminn", lafaz Encik A. setelah imam solat isyaknya selesai membaca doa. Dia berharap agar segala doanya termakbul. Moga dipermudahkan. Rumahnya yang tidak berapa jauh dengan Pusat Tarbiyah Iman tu mendorongnya untuk sentiasa menunaikan solat secara berjemaah di situ. Walaupun dia terpaksa meredah lorong yang tidak mempunyai sebarang cahaya lampu dan malam yang sangat gelap, namun ia sama sekali tidak pernah memutuskan semangatnya untuk mengikuti sunnah Rasulullah S.A.W yang satu nie. 

Tiba-tiba, bahunya disentuh lembut oleh seseorang. Dia terkejut dan lantas berpaling. Dan alangkah terkejutnya dia apabila melihat rakannya, Encik B yang sekian lama sudah tidak bersua tersenyum simpul di hadapannya! Bibirnya mengukir senyuman sampai ke telinga. 

Mereka lantas bersalam-salaman dan berpelukan dek melepaskan kerinduan sahabat yang sudah lama bersarang. Ya sahabat semasa bekerja dulu. 20 tahun dahulu, masing-masing Sama-sama memerah keringat untuk mendapatkan sesuap nasi dulu. Dan dek kerana terlalu ingin mengejar wang, mereka abaikan dan tinggalkan suruhan agama. Hanya kekadang mereka akan bersujud kepada Allah S.W.T dan selainnya, mereka sibuk dengan urusan duniawi mereka yang tidak pernah sudah. 

"Macam mana kau boleh ada di sini?" tanya Encik B. 

"Aku sebulan dah kat sini. Kau pulak , macam mana boleh berada di sini?" Encik A. bertanya kembali. 

Mereka berbalas pandangan dan selepas itu mereka tersenyum. Hati masing-masing menjawab, 

"Sebab Allah" =) 

Ya . Semuanya kerja Allah S.W.T. Hati tu Allah S.W.T yang pegang. Mereka berdua yang tenggelam dalam arus jahiliyah mula beralih arah. Dari jahiliah ke mengadap Tuhan. Dari kedai kopi ke Masjid. Dari solat seorang ke solat berjemaah. Kalau Allah S.W.T sudah menetapkan dan mentakdirkan sesuatu , tiada satu tangan pun yang mampu menghalang. 

THE END. 



0 comments:

Post a Comment